BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 24, 2009

sinar~



Kita bersaudara kerana takdir,

Kita berhubung kerana kasih sayang,

Kita bersama kerana hati,

Kita berpisah kerana cita-cita,

Kita kekal kerana kuatnya ukhwah,

Kita bergaduh kerana kurangnya satu ikatan,

Tapi paling penting semuanya kerana Allah..


Bukan mudah utk bersaudara,

Bukan mudah utk kekalkan,

Bukan mudah utk teruskan,

Bukan mudah sehingga sekarang,

Tapi semuanya kerana Allah......


Tanpa Dia x mungkin sekarang,

Terjadi 1 ikatan hati,

Satu rahsia rasa,

bagi insan yang daif,

yg mpunyai sejuta maksud,

pada jiwa yg memahami,

insanku yang tersayang.....


kasih adalah keramat,

membuat diri merasa selamat,

dalam menongkah arus perjuangan tanpa sempadan,

aku kerap berasa bimbang,

namun kau sentiasa datang,

membuat sinar harapan untukku terus bertahan

dlm medan yang sarat cabaran terimalah kasihku teman…..

Saturday, May 23, 2009

IPGM Raja Melewar, Seremban



LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu,
membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

LAGU IPGM

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPGM Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyanyang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPGM

happy mother's day



sambutan hari ibu~ 10.5.09

time ni sy sambut kt kampung.......

family sebelah ibu dh bt preparation utk bt surprise utk nenek

jd sume sdare balik kg...jd sume dari umh sediakan potluck..

mcm2 makanan ade.. huhu.. Al-maklumlah.. sume stock kuat mkn.. hehehe..(including me=P)

time nk wat kejutan tu ktorg excited tggu nenek.. bile nenek dh masuk umh kitorg truz je nyyi lagu 'Selamat Hari Ibu'... nenek pn ape lg... berderailh air mata dia... huhuhu.. xsgke ank2 dia nk bt kjutan cmtu.. sume pluk nenek tyme tu... rse happening sgt~



then ptg pas asar, ade upacare potong kek.. huhu.. nenek pn potong kek.. sume berebut2 nk rase kek.. hoho~ mmg best gle.. time nk bkk hadiah plk, kitorg berkumpul tepi nenek nk taw hadiah yg nenek dpt.. huhu.. yg klaka tu abg sdare sy kasi hadiah supplement(makanan tambahan) spye nenek tambah sihat n kuat! hooho~~ x leh tahan... =) kebanyakannye kasi nenek kain batik sbb nenek suke kain batik.. tp sy n mum kasi beg telekung spye senang nenek nk bwk telekung o brg dia pegi surau~ huhu...

then, ptg dlm kul 6 sy balik ins perguruan~~


dari situ byk pengajaran yg sy iaitu kasih seorg ibu n erti nilai kasih syg.. kasih syg x boleh dibeli dgn wang ringgit n kasih syg tiada nilainye...
~~





BUAT SESIAPA SAHAJA~

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.​

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA

=D

Friday, May 22, 2009

my FamiLia~~


my family~~~
i love my family very much..
mereka melengkapi hidupku~

sejuk dan enak sejuk air telaga,
enak disimpan di timba besi,
suburnya kasih lingkungan keluarga,
susah senang sama berkongsi.

Terbang tekukur tinggi di awan,
Hinggap si helang dipokok delima,
Tolak ansur jadikan amalan,
Kasih dan sayang di jalin bersama.




CINTA atau SUKA

~CiNtA aTaU sUkA~


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga .Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami dalam hidup mereka.






Ya Allah...
Jika Perasaan ini benar untukku.
Engkau Sinarilah ia dengan cahaya mentari.
Yang mampu beri cahayanya kepada rembulan.
Yang Mampu menerangi Alam.
Jika persaan ini hanya persiggahan.
Engkau tabahkanlah hati ku dengan ketentuan-Mu.
Sesunguhnya aku lemah tanpa cahaya itu.
Sesunguhnya Engkau tahu aku memerlukannya.
Aku akan kegelapan tanpanya.
Tapi,ku redha pada-Mu jika cahaya itu hilang
Engkau hilangkanlah perasaan ini.
Sepertimana Hilangnya Keindahan senja di telan
Kegelapan malam.
Tapi,Engkau sinarilah dengan keindahan bintang.
Yang sentiasa menemani malamku

Ya Allah...
Ku Bermunajat pada-Mu.
Moga Hadirnya cahaya yang akan terus menerangi
hariku.
Seperti Setianya Mentari menyinari bumi.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.
Ameen Ya Allah.